Monday, April 29, 2013

Kailan Masak Lemak Labu


Selalunya kailan ni saya goreng, tapi tengok sikit sangat. Labu pun ada, apa lagi...


Kailan Masak Lemak Labu
Bahan2nya
1 ikat kailan(400gm)
1/4 labu
Lada merah
1/2 cwn susu cair@1cwn santan
2 cawan air@santan cair
Daun kunyit(optional)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar(sederhana)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis

Caranya
Potong sayur kailan dan basuh.
Buah labu dibersihkan dan dipotong2, masukkan dalam periuk. Bahan kisar direbus bersama labu hingga labu tu masak, masukkan air. siatkan daun kunyit. Bila mendidih masukkan susu cair, letak garam dan perasa. Setelah itu masukkan sayur dan lada merah begitu juga dengan daun kunyit. Kacau perlahan2 sehingga kuah mendidih, tutup api.
Selamat mencuba....



Lengkung Pelangi Santan




Lengkung Pelangi Santan
Bahan A
1 peket agar2 10 gm(putih)
700 liter air
2 helai daun pandan(saya guna 4 helai)
120 gram gula pasir

Bahan B
1 biji telor saiz A
100 gram santan pekat
(di pukul hingga rata)
secubit garam

Bahan C
1/2 sudu teh aisin pandan@aisin pisang@rose
pewarna ikut kesukaan

Caranya
Sediakan loyang. Saya guna 5x5 in. Untuk cepat sejuk lengkung ini, gula loyang aluminium. Guna dulang yang diletak air sejuk dan kiub ais dikeliling loyang. Biarkan.
Rebus bahan A hingga larut. Setelah larut, masukkan bahan B perlahan2 (masa masukkan bahan B, terus mengacau jangan berhenti sehingga mendidih lagi. Tutupkan api. Keluarkan daun pandan dan letak bahan C.Biar kan atas dapur supaya kekal panas.
Ambil 210 liter lengkung dan warnakan ikut kesukaan. Curahkan kedalam loyang. biarkan betul2 keras.
Bila dah keras, ambil lagi 210 gram untuk diwarnakan. BERHATI2 ya semasa mencurah. Eloknya guna sudu untuk curah perlahan2 di atas lapisan lengkung yang keras tadi. Sekiranya anda lakukan dengan cara mencurah seperti lapisan pertama, ia mungkin akan bercampur. Lakukan seterusnya hingga habis.
Bila habis, bolehlah di keraskan sepenuhnya kedalam peti ais....
Selamat mencuba....


Sunday, April 28, 2013

Timun Goreng

Dah lama rasanya x buat timun goreng, terasa pulak nak mengoreng...


Timun Goreng
Bahan2nya
1 batang timun( belah 4 dan di potong2)
sedikit ikan bilis(saya guna ikan bilis halus)
1 biji telor


Bahan tumbuk/kisar kasar
(tanpa air)
3 biji cili padi
1 biji lada hijau
2 ulas bawang merah
 2 ulas bawang

Caranya
Letak 2 sudu besar minyak(api sederhana ya). Goreng ikan bilis, bila dah garing, ketepikan.
Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi dan masukkan bahan tumbuk. Masukkan 1/2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh garam dan sedikit perasa. Tumis sampai garing dan tolak ketepi kuali. Pecahkan telor di tengah2 kuali dan hancur2kan. Satukan dengan rempah tadi dan matikan api. Masukkan timun, gaul biar rata dengan rempah, angkat dan hidangkan dengan taburan ikan bilis.
Selamat mencuba..



Ayam Masak Asam Pedas

Bila nampak dalam peti ais ada bunga kantan, asam pedas lah jawabnya. Tapi ayam pulak lah kali ni.


Ayam Masak Asam Pedas
Bahan2nya
1/2 ekor ayam
3 kuntum bunga kantan@daun kesum(sekiranya tiada bunga kantan atau daun kesum, saya akan gunakan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan juga cengkih)
2 cawan asam jawa

Bahan hiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia

Bahan kisar
15 biji lada kering
2 biji bawang besar
sedikit kunyit/halia
3 ulas bawang putih

Caranya
1 cawan minyak dan tumis bahan hiris hingga naik bau, masukkan bahan kisar( masukkan 1 cawan air kedalam blender). Tumis hingga garing. Masukkan air yang dalam blender tadi kemudian masukkan ayam dan bunga kantan. Masukkan juga air asam, garam dan perasa. setelah ayam masak, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba...

Bayam goreng


Bayam goreng
Bahan2nya
1/2 kilo bayam(dalam gambar bayam purple)

Bahan kisar
2 biji lada merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis

Caranya
Tumis rempah kisar, letak garam dan perasa, Bila dah garing, masukkan bayam. Senangkan.
Selamat mencuba.....

Ayam Masak Lemak Cili Padi(rebus)


Ayam masak lemak cili padi (rebus)
Bahan2nya
1/2 ekor ayam
2 batang serai
2 biji tomato
2 biji kentang(potong 4)
2 asam keping
1 cawan susu cair@ santan pekat
3 cawan air@santan cair

Bahan kisar
10 biji cili padi kampung
(kalau org dulu2, cili padi dikisar dgn tangkainya sekali)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit kunyit
sedikit halia

caranya
Masukkan rempah kisar dalam periuk, serai, asam keping, hidupkan api. Bila dah mendidih, masukkan ayam, kentang dan air. Bila mendidih lagi, masukkan susu cair dan letakkan garam,gula dan perasa. Akhir sekali masukkan tomato dan matikan api.

Selamat mencuba..



Saturday, April 27, 2013

Spirali Serambi(ala mee bandung)

Hari sabtu ni sekolah pulak anak, sekolah ganti. Sepupu suami buat majlis kawin, kenalah tunggu balik sekolah. Bila ada majlis kawin, rehat lah sikit sbb tak masak. Tapi bila fikir malam pulak, penat rasanya. Belek2 kat dapur, terjumpa spirali....mula lah otak berfikir nak masak apa?. Cadangan pertama nak goreng, alaaaa tak berapa minat. Cadangan kedua buat sup, tapi semalam dah makan mee suah sup. Tup...tup...idea masuk...inilah jadinya..


Spirali Serambi


Spirali Serambi(ala mee bandung)
Bahan2nya
untuk 6 orang
1 bungkus spirali(direbus hingga lembut dan masukkan 2 sudu minyak supaya tak melekat, toskan)
Daging 1/2 kilo(dihiris, direbus dgn 3 cwn air sehingga empuk dgn api perlahan, kalau boleh biar ada air rebusannya sekali). Didalam resepi ni saya gunakan bebola daging dan air rebusan daging 1 mangkuk.
Hirisan ayam@udang@sotong(saya guna hirisan ayam aje)
Telor 6 biji
1/2 kilo sawi
Sedikit bunga kobis(optional)
Lobak merah(optional)
2 biji tomato(dibelah 4)
1/2 cawan sos cili
gula/garam/perasa
1 sudu besar tepung jagung dgn 2 sudu besar air

Bahan kisar
12 tangkai cili kering
3 biji bawang besar(sederhana)
5 ulas bawang putih
sedikit kunyit
1 gengam udang kering

3 ulas bawang putih dicincang/ditumbuk

Caranya
1 cwn minyak dipanaskan dalam periuk, masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi. bila dah agak kekuningan, masukkan bahan kisar, Tumis sehingga garing kemudian masukkan air rebusan dgn daging begitu juga dengan ayam. Tambah air dalam 6 cawan lagi.
Masukkan sos cili dan letakkan gula, garam mengikut kesesuaian selera semua ya...
Bila mendidih, pecahkan telor sebiji2. Masa pecahkan telor, jangan dikacau dan jangan pecahkan ditempat yang sama, pecahkan ditempat berasingan supaya ia menjadi sebiji2.
Bila dah cukup mendidih, masukkan tepung jagung dan kacau. Masukkan sayur dan tomato. Dah boleh hidangkan dengan lada jeruk atau limau.


Selamat mencuba.........

Friday, April 26, 2013

Mee Suah Sup

Kelmarin dalam fb, sahabat masa di sekolah menengah dulu shaharzat agil buat mee suah...Teringin pulak nak buat. Kebetulan semalam ada pasar petang, cina sayur jual. Apa yang bestnya, cina tu siap pesan, mee suah ni jenis tebal, masukkan mee dulu baru sayur...caya lh lu nyonya......


Mee Suah Sup
Bahan2nya
untuk 6 orang
8 chop mee Suah
2 tangkai sawi
4 kelopak daun kobis
2 ini lobak merah
sedikit bunga kobis
1 peket fish ball
12 ekor udang(dikupas, kulitnya di rebus dgn 1 cwn air)
cili padi(optional)
1 kiub ayam knoor/ hirisan ayam
1/2 cwn minyak masak
6 biji telor

Bahan kisar
2 biji bawang besar(sederhana)
7 ulas bawang putih
sedikit halia

3 ulas bawang putih(ditumbuk/hiris)

Caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bila dah naik bau, masukkan bahan kisar.
Masukkan air rebusan dan campurkan 8 cawan air. Kiub ayam dan fish ball direbus bersama.
Bila air rebusan tu mendidih, pecahkan telor sebiji2. Jangan dikacau. Agak2 telor tu dah masak, kacau perlahan. Rasa, letak garam dan perasa.
Mee suah tu saya basuh dulu(biasalah kan bila dalam plastik, kita x tau bersih ke tidak). Rebus sebentar dgn udang.
Masukkan sayur dan kacau rata. Hidangkan dengan lada potong@lada jeruk@sambal kicap...terpulang
Selamat mencuba..


Kari Ikan

Namanya orang melayu...balik2 lemak, kari, asam pedas, tumis air. Nak masak yang pelik2 sikit takut ada yang tak makan..mulut 5 orang aje tak seronok pun ya. Berbeza masa saya duduk dengan arwah orang tua saya. Macam2 cuba masakan. Adik beradik lelaki yang dah kawin selalu datang rumah. Ada lebih masakan, kitaorg bungkuskan bawa balik. Semuanya tinggal kenangan, bila masing2 dah duduk jauh....
Hari ni nak berkongsi masak kari lah. Ada ikan Jemuduk, masaalahnya mak mertua tak makan ikan jemuduk begitu juga dengan semua ikan yg besar2 mcm tenggiri, siakap, tongkol kecuali terubuk dan parang. Ikan kerisi pun dia tak makan. Berbeza dengan bapa mertua..semua dia makan. Ok lah kita tengok bahan2nya. Untuk pengetahuan resepi dibawah saya guna susu cair. Sekiranya anda gunakan santan, 1 cawan air tu boleh di letak santan cair.


Kari Ikan
Bahan2nya

1 ekor ikan Jemuduk(saya ada campur dgn 2 keping ikan parang)
Bendi/terung
1 cawan susu cair/santan
3 sudu besar serbuk kari baba's
Daun kari
2 cawan air asam(dari 3/4 cawan asam jawa)

Bahan hirisan
sedikit halia 
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sudu halba
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih


Bahan kisar/ nak tumbuk pun boleh)
1 biji bawang besar(sederhana)
3 ulas bawang putih
sedikit halia

caranya

Tumis bawang dengan 1 cawan minyak masak, bila dah naik bau, masukkan keempat2 rempah tumis. Masukkan bahan kisar, perlahan kan api(bekas bahan kisar diletakkan 1 cawan air). 
Masukkan rempah kari, kacau dan terus letak air yang dalam blender td. Biarkan sebentar.
Bila mendidih, masukkan air asam biarkan mendidih lagi baru masukkan ikan. 
Masukkan susu cair, kacau perlahan hingga mendidih. kemudian letak garam dan perasa. Akhir sekali letak bendi.
Selamat mencuba........


Wednesday, April 24, 2013

Pucuk Ubi Goreng SooHoon

Hasil tanaman

Pucuk Ubi Goreng SooHoon
Bahan2nya 
1/2 kilo pucuk ubi
RM 1 soohoon
Telor 2 biji

Bahan kisar
12 biji lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia dan kunyit hidup
sejemput ikan bilis

Caranya
Pucuk ubi direbus dgn sedikit garam, jangan terlalu lembut. Perah kemudian potong kasar2, perah lagi. Rendam soohoon hingga lembut, toskan.
Campurkan dengan pucuk ubi

Tumiskan bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan perasa. Setelah itu masukkan pucuk ubi, masak hingga rata. Pukul sedikit telor sehingga bercampur kuning dan putih telor. Jirus rata pada pucuk ubi dan goreng hingga sedikit kering.Ok siap
Selamat mencuba...


Monday, April 22, 2013

Mee Sarawak

Tengah kemas2, jumpa pulak rempah Laksa Sarawak. Nasib baik tarikh luput tahun 2014...hahaha...Rempah ni saya beli masa ekpo barangan Sarawak di Johor Bahru.



Laksa Sarawak
Bahan2nya
2 bungkus perencah Laksa Sarawak(MUSC)
1 bungkus mee hoon direndam dan dicelur 
Ayam(ambil bahagian dada, jangan dipotong)
1/2 kilo udang
Daun sup/bawang
bawang goreng
Taugeh(dicelur atau tidak terpulang)
2 mangkuk santan pekat
limau kasturi
Telor (dibuat dadar)

Sambal
Segengam udang kering saya kisar halus, kemudian saya masukkan dengan 2 sudu besar sambal tumis. Tumiskan sebentar..

Caranya
2000 liter air dicampur dengan 2 bungkus perencah Laksa Sarawak. Rebus mendidih kemudian tapiskan(hati2 ya), buang hampasnya.
Rebus semula dan letakkan garam dan sedikit gula. Masukkan ayam. Bila ayam dan empuk, angkat.
Bagitu juga dengan udang, rebus dan angkat.
Masukkan santan dan rasa lah ya..
Ayam yang direbus tadi lagi sedap kalau digoreng kemudian siat2 kan

Seperti biasa ya....Tadaa!!!!!!!

Selamat mencuba....



Gulai nenas


Gulai nenas(simple)
Bahan2nya
1 biji nenas yang kecil(dihiris)
Gula/garam
air asam jawa

Bahan kisar
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit ikan bilis

Caranya
Rebus nenas dengan 2 sudu besar gula(kalau sekiranya nenas muda, guna 3 sudu besar gula)
Bila dah mendidih masukkan rempah kisar dan air asam.
Letak garam dan rasa ya..

RESEPI INI BOLEH JUGA DILETAK IKAN ATAU KETAM, TAPI TAK PAYAH GUNA IKAN BILIS.
Selamat mencuba......


Sambal Goreng


Sambal Goreng
Bahan2nya
10 btg kacang panjang(dihiris serong)
2 keping tahu(dipotong dadu dan digoreng)
2 keping tempe(dipotong dadu dan digoreng)
Petai(optional)
Udang(terpulang nak berapa ekor)boleh juga letak, kupang, ketam, kerang, hati/pedal...
1/2 cwn susu cair @ 1 cwn santan( saya guna susu cair tapi kalau guna santan lagi sedap.........

Bahan kisar
2 batang serai
Lengkuas
1 in belacan
1/2 cwn air asam jawa
(serai/lengkuas dihiris dulu ya)

Bahan hirisan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
halia
3biji lada merah
3 biji lada hijau

Caranya
Tumis bahan hirisan, bila dah naik bau masukkan bahan kisar(bekas blender tu boleh di letak sedikit air, masukkan bersama susu cair@santan).
Masukkan susu cair@santan. Bila dah mendidih, masukkan udang, letak bahan perasa, gula,garam.
Akhir sekali masukkan kacang panjang, tahu, tempe dan petai..
Siap....
Selamat mencuba...........





Friday, April 19, 2013

Rojak

Resepi kuah rojak ada dua yang saya pelajari. Arwah mak saya dan mak mertua. Kalau arwah mak saya, Lada kering selepas dibuang biji, basuh dn digoreng berbeza dengan mak mertua, rebus lada kering dan blend dengan bahan lain....so ikut resepi yg senang sikit kot, tak banyak beza pun. Gambar dibwh ni hanya timun dan sengkuang saja yg ada kat rumah....


Rojak
Bahan2nya
Timun/sengkuang
Kangkung/taugeh/kacang panjang(dicelur)
nenas(ikut suka ya)
kacang tanah(digoreng dan ditumbuk)
1/4 cawan kicap

Bahan kisar
1 gengam lada kering(direbus, dicuci)
5 ulas bawang putih(digoreng kuning)
1/2 cwn air gula melaka(gula melaka direbus dgn sedikit air)
Balacan bakar anggaran 2x1 inci panjang,lebar 1cm.
sedikit air asam

Caranya
Bahan kisar, kicap dimasukkan dalam periuk dan buka api perlahan. Bila mendidih, rasa apa yang kurang. Boleh tambah gula dan garam. Biarkan sejuk.
Timun, sengkuang, sayur  yg dicelur,nenas dipotong kecil2. Cedukkan kuah rojak dan gaul rata. Taburkan kacang tumbuk.

Kuah ni boleh dibuat banyak. Masukkan dalam peti ais selebihnya.
Boleh dibuat pencecah untuk Daun ubi rebus, Daun2 ulaman. Boleh juga diperahkan limau.
Selamat mencuba....

Thursday, April 18, 2013

Kangkung Goreng bersama Tahu

Teringat bila goreng kangkung dengan tahu...Dulu pernah pergi Kedah rumah Alam Shah bertugas sebagai kastam. Isterinya Kak Idah masak sayur ni...Waktu tu mmg semua tengah lapar. Walau pun simple, tapi teringat2 sampai sekarang.


Kangkung Goreng bersama Tahu
Bahan2nya
1/2 kilo kangkung
2 keping tahu(dipotong kecil dan goreng)

Bahan kisar
2 biji lada merah
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis

Caranya
Tumis bahan kisar. Letakkan garam dan perasa. Masukkan tahu dan kemudian masukkan kangkung. Dah siap, senang kan??
Selamat mencuba...


Buku Masakan

Masih dalam simpanan 2 koleksi buku masakan arwah mak. Kalau dulu, sama2 dengan mak baca buku ni. Kadang2 ketawa bila baca sbb bahasa dalam buku ini masih ejaan lama.
Buku bertajuk Gulai Melayu, cetakan pertama pada januari 1941...Harga satu buku setebal 2 inci hanya 40 sen. Berkulit tebal(tak ada tulis apa2)


Di susun dan dikarang oleh Rangkayu Aishah Samen


Isi kandungan
Selain dari resepi, ada nasihat, petua, cerpen pendek dan macam2  lagi....Ejaan lama dan sukatan lama.


Satu lagi buku bertajuk Hidangan terpilih. Cetakan pertama tahun 1958
Isi kandungan nya
Disusun dan dikarang oleh:
Haji Ahmad bin Yaacob Al-Johari
Salah satu resepi Bistik(masakan Eropah)

Ok...itu saja yang dapat dikongsikan bersama......

Udang Masak Lemak Peria


Udang Masak Lemak Peria
Bahan2nya
1 biji peria(yang besar, kalau peria katak, cuci dgn sedikit garam)
udang(besar/kecil pun boleh)
1 cawan santan pekat@1/2 cwn susu cair

Bahan kisar
2 batang serai(dihiris dalu)
sedikit lengkuas(dihiris dulu)
1 cm belacan
sedikit air asam jawa

Bahan hirisan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 biji lada merah
2 biji lada hijau

Caranya
Tumis bahan hirisan, kemudian masukkan bahan kisar.
Bila dah mendidih, masukkan peria dan udang. Akhir sekali, masukkan susu cair(kalau guna santan, selalu kena kacau agar tak pecah santan. Lepas tu letak bahan perasa(garam dan sedikit gula). Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba...



Ikan Masam Manis

Masak apa yang ada kat peti ais.....




Ikan Masam Manis
Bahan2nya
3 ekor ikan kembong(di goreng)
1 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
lobak merah(hiasan)
Tomato(belah 4)
hirisan nenas(optional)
1 sudu besar gula 

Bahan hirisan


Seperti gambar diatas ya....Lada merah/hijau, bawang besar, bawang putih dan halia....

Caranya
Tumis bahan hirisan. Masukkan sos tiram, sos cili, cuka, tomato, lobak merah dan nenas. Masukkan 1 sudu besar gula pasir( saya guna gula perang).
Bila mendidih, masukkan ikan dan tomato. Siap.....
Selamat mencuba...........




Wednesday, April 17, 2013

Kacang Panjang goreng Sambal






Kacang Panjang goreng Sambal
Bahan2nya
Kacang panjang(dipotong anggaran 1inci)

Bahan kisar
5 tangkai lada kering(dipotong dan direbus@rendam)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
1 keping asam gelugur(optional)

Caranya
Tumis bahan kisar + asam gelugur hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang.
Siap.............

Selamat mencuba..


Udang Goreng Telor


Seperti yang saya katakan dekat resepi sambal tumis udang, saya suka buat rempah sambal tumis kosong banyak. Jadi resepi kat bawah ni saya gunakan rempah sambal tumis tu.....


Udang Goreng telor
Bahan2nya
8 ekor udang besar(kecil pun boleh, tapi lebih kan sikit)
2 sudu besar sambal tumis
1 sudu besar sos tiram
1 biji telor

Caranya
Goreng udang(tanpa letak apa2)sekejap aje, angkat dan toskan.
Tumiskan 2 sudu sambal tumis, sos tiram, gula, garam. Masukkan udang, gaul rata dan pecahkan telor.
Gaul hingga kering rempah tu...
Selamat mencuba................



Taugeh Goreng

Masak cincai aje ptg ni....


Taugeh Goreng
Bahan2nya
1 mangkuk taugeh
1 keping tahu( dipotong/digereng)

Bahan hirisan
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah/hijau
sedikit ikan bilis (saya guna ikan bilis halus)
kucai(optional)

Caranya
Tumis bahan hirisan. Bila dah naik bau, masukkan tahu dan taugeh. Letak perasa.....
Senang kan????????????????
Selamat mencuba.......


Gulai Pucuk Buas2

Hasil dari kebun...pucuk bebuas(buas2).



Gulai Pucuk Buas2
Bahan2nya
1 ekor ikan kembung(tak kisah ikan apa pun)
Pucuk buas2(dicelur sekejap aje)
3 keping Asam gelugur
1/2 cwn susu cair @1 cwn santan 

Bahan kisar
5 biji cili padi merah
1 biji lada merah
2 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
kunyit

Caranya
Masukkan bahan kisar dalam periuk, rebus, masukkan ikan dan asam gelugur.
Masukkan pucuk buas2 dengan susu cair. kacau hingga mendidih. Letakkan garam dan perasa..

Selamat mencuba...........


Monday, April 15, 2013

Masak berlada




Ikan Masak Berlada
Bahan2nya
Ikan apa2 pun boleh(goreng)

Bahan kisar
6 biji cili merah
3 biji cili padi merah
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
halia
(jangan kisar terlalu halus)

Bahan lain
2 helai daun limau purut
lada merah/hijau(dipotong bulat2)
2 sudu besar gula
garam/perasa

Caranya
Tumis bahan kisar, gula dan garam sampai naik minyak. Masukkan daun limau purut. Tumis sebentar, masukkan lada potong, tutup api dan masukkan ikan. Siap..
Selamat mencuba.......


Sunday, April 14, 2013

Pucuk Ubi dengan Kacang Hijau




Pucuk Ubi dengan Kacang Hijau
Bahan2nya
2 ikat Pucuk ubi di celur(jangan terlalu lama)
5 sudu besar kacang hijau direbus kemudian di tapis
1/2 tin susu cair. Nak guna santan lagi sedap ya..

Bahan kisar
3 biji cili padi merah
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
kunyit/halia
ikan bilis

Caranya
Masukkan daun ubi dan kacang hijau kedalam periuk. Masukkan bahan yang dikisar dan letakkan air paras2 daun ubi. Masak sehingga mendidih. Masukkan susu cair. letakkan garam dan rasalah.....
Sekiranya anda menggunakan santan, gunalah santan cair semasa masak daun ubi dan setelah mendidih masukkan santan pekat, berhati2 agar tak pecah santan.
Selamat Mencuba...