Wednesday, December 10, 2014

Siakap 3 Rasa




Assalamualaikum...Hampir setahun x berblog..Internet x mengizinkan, di Segamat sedang sibuk nak buat jalan dari 2 lorong ke 4 lorong. Ok lh, hari ni punya resepi untuk simpanan blog saya.



SIAKAP 3 RASA




Siakap 3 Rasa
Bahan-bahannya

1 ekor ikan siakap( digoreng bersama kunyit, garam dan sedikit tepung jagung)

Bahan kisar(kasar)
Saya gunakan chopper
4 biji lada merah
2 biji lada hijau
3 biji cili padi merah
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
sedikit halia
1 cawan minyak

Bahan lain
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, tumis hingga garing. Masukkan ketiga2 jenis sos dan gula. Rasa dahulu, sekiranya kurang masin, letak garam. Setelah siap, curahkan keatas ikan siakap yg telah digoreng.

Selamat mencuba