Friday, May 24, 2013

Kenangan Abadi

24/5/2013...Genap setahun pemergian Allahyarham Nor Azri. Begitu cepat masa berlalu, seperti baru semalam abang pergi meninggalkan mama. Hari ini 25/5/2013, proses membuat kepok. Semoga abang tenang disisiNya....
Al-Fatihah.....
















Monday, May 13, 2013

Daging Tumbuk Masak Merah


Daging Tumbuk Masak Merah
Bahan2nya
1 kilo daging( dihiris dalam 1cm dan direbus)
3 batang serai dititik
2 biji tomato
1/2 cwm sos cili
1/2 cwn sos tomato
1 sudu besar gula pasir

Bahan kisar 
12 biji cili kering
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 
sedikit kunyit
sedikit halia
1/2 sudu teh jintan manis(kasar)

Caranya
Setelah daging empuk( air daging simpan) goreng sedikit daging, jangan terlalu garing kemudian angkat. Ambil sekeping daging dan tumbuk2 kan didalam lesung, jangan sampai hancur. ketepikan.
Masukkan 1/2 cwn minyak kedalam periuk. Masukkan serai kemudian bahan kisar, gula, sos cili/tomato.  Tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging dan kacau rata. Akhir sekali letakkan tomato.....
Selamat mencuba........

Sunday, May 12, 2013

Sotong Masak Lemak Kicap

Teringat masa dulu...dah hampir 20 tahun lepas. Waktu tu rumah saya di Johor Bahru ada buat promosi memperkenal barangan keluaran bumiputra seperti kicap, tauchu, sos, sos tiram,petis dll. Waktu tu Tan Seri Mahyudin menteri besar Johor datang buat lawatan....merasa lah juga dia makan masakan saya, satu lauk aje...sotong masak lemak kicap, hehehe...ok...jomlah layannnnn............


Sotong Masak Lemak Kicap
Bahan2nya
1/2 kilo sotong di potong dan dibersihkan( jangan buang hitam yg ada didalam perut sotong tu ya)
3 batang serai dititik
1 sudu kecil penuh serbuk lada hitam
 1/2 tin susu cair@1 cawan santan pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili

Bahan kisar
1 biji bawang besar(sederhana)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
kisar jangan terlalu banyak air

Bahan hiris
1 biji bawang besar(sederhana)
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 biji lada hijau
1 biji lada merah

Caranya
Panaskan minyak dalam periuk dengan 1/2 cawan minyak. Masukkan serai dan bahan hirisan kecuali lada merah/hijau, tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar( bekas blender diletak dgn 1 cawan air) dan serbuk lada hitam. Setelah rempah garing, masukkan sotong dan gaul rata. 
Masukkan air yang ada dalam blender tadi dan biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan, kicap, sos cili, lada hiris dan susu cair@santan. Letakkan garam. Kacau dan biarkan mendidih. Siap..
Selamat mencuba......

Ayam Masak Merah

Bila ayam dah jadi merah..


Ayam Masak Merah
Bahan2nya
1/2 ekor ayam( dipotong dan dibersihkan, letak garam kunyit dan digoreng separuh masak0
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 biji tomato(terpulang samaada belah 2 atau empat
2 batang serai dititik
Gula dan garam
1 sudu besar cuka(optional)

Bahan kisar halus 
12 biji cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis(kasar)

Caranya..
Minyak goreng ayam tadi boleh digunakan ya dalam 1 cawan. Tumis serai dan bahan kisar sehingga garing, Masukkan 2 sudu besar rata gula pasir diikuti dengan sos tomato/cili/cuka. Letakkan sedikit garam, kemudian masukkan ayam. Gaul rata, biarkan sebentar dengan api perlahan. Masukkan buah tomato dan padamkan api....siap untuk dihidang
Selamat mencuba.....

Sayur Bayam Goreng

Ramai yang tau masak sayur bayam kan???Di Segamat ni kalau ada pasar petang di Segamat baru atau di bukit siput, pasti saya beli samaada kangkung atau bayam yang dijual 1 kilo RM1. Bertahun2 nyonya ni jual, tapi pelik ada juga orang yang minta tawar 50 sen...agak2 lah kan?? 

Sayur Bayam Goreng
1/2 kilo bayam(dipetik daunnya dan disiatkan selaput yang ada pada batang bayam, asingkan batang dan daun. Kalau kat kedai diaorg hanya potong2. Itu sbb kalau kita makan mcm tak habis kunyah)

Bahan Kisar(kasar)
2 biji lada merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis

Caranya
Tumis bahan kisar, letakkan perasa. Setelah garing, masukkan batang bayam dahulu dan kemudian daunnya. Senang kan???
Selamat mencuba...

Lemak Sayur Turi

Hmmm....lama x update blog ni. Bila kita tulis kat blog ni mcm kita tulis diari juga kan??. Seumur hidup saya tak pernah tulis diari.....
Dah lama teringin nak makan sayur turi....Bayangkan kat pasar segamat ni tak ada begitu juga dengan pasar tani.....Balik JB, pergi rumah abang Uda saya....Nah!!!!kau!!!!dengan pokok2 pun dia kasi bawa balik...Abang yang saya sayang Hassan Hafiz...percaya tak?? abang saya pencipta lirik lagu Insan dan Bunga, nyanyian Tia Ramon zaman 60'an. Jamal abdillah juga ada nyanyi lagu ni.......Ok lah, berbalik pada sayur turi semula ya...
So.....pokok turi, dah dapat benih untuk ditanam kat rumah.....



Lemak Sayur Turi
Bahan2nya
2 mangkuk sup daun turi( dilurut dan dicuci)
beberapa potong buah labu@ keledek
1/2 tin susu cair@ 1 mangkuk santan

Bahan kisar
5 biji cili padi kampung
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit kunyit hidup

Caranya
Curahkan bahan kisar kedalam periuk(bekas blender tu dicampur dengan 2 cawan air) bersama dengan buah labu. Setelah buah labu hampit empuk, masukkan air didalam blender tadi. Setelah mendidih, masukkan sayur turi, kacau dan letak susu cair. Kacau2kan dibahagian atas lauk perlahan2 sehingga mendidih...Letak bahan perasa ya....
Selamat mencuba..

Friday, May 3, 2013

Taugeh goreng


Taugeh goreng
Bahan2nya
300 gram taugeh
2 keping tahu dipotong/digoreng
sedikit kucai

Bahan dihiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji lada merah
sedikit ikan bilis ditumbuk

Caranya
Tumis bahan hirisan dan ikan bilis, Letak garam/perasa dan masukkan tahu. Masukkan taugeh dan kacau rata. Akhir sekali masukkan kucai dan tutupkan api....siap untuk dihidang...
Selamat mencuba......

Pizza Serambi

Pening kepala bila fikir nak buat sarapan pagi. Bila jadi surirumah ni sebenar bukan penat memasak tapi penat memikirkan apa nak masak. Bila dah tau apa nak masak, tak sampai 1/2 jam semuanya dah siap.
Ok.....Inti daging dekat resepi bawah ni sebenarnya daging masak beriani, saya simpan dalam peti sejuk beku. Sayang, daging pukal2 tapi kuah dah kering. Daging itu saya basuh dan saya kisar kasar. Jadi, ianya boleh diganti dengan daging hancur/kisar.


Pizza Serambi
Bahan2nya
Roti arab
3 biji telor
500 gram daging hancur
2 biji kentang(dipotong dadu/goreng) optional
1 sudu besar rempah kari( lebih sikit pun tak apa)

Bahan hiris
1 biji bawang besar(potong dadu)
2 biji lada merah
sedikit daun sup/daun bawang

Caranya
Daging hancur dimasukkan dalam kuali dan di masak hingga kering sedikit( daging akan sendirinya mengeluarkan minyak ya). Masukkan kentang goreng, bawang, lada, rempah kari, daun sup. Letakkan garam dan perasa.......

cara penyediaannya



pecahkan telor, letak kan sedikit garam


Bahagian permukaan dicelupkan telor dahulu. Setelah itu letakkan dalam pinggan yang lain(bahagian yang ada telor dibahagian bawah)


Taburkan inti rata2 (bahagian yang tidak disaluti telor). Kemudian curah rata2 telur diatas inti. Angkat roti dan masukkan dalam kuali yang telah diletakkan dengan 1 sudu besar minyak. Balik2 kan dengan api perlahan.

Kalau ada yang suka letak keju, boleh juga. Tapi tidak perlu guna telor. Setelah letak inti, taburkan keju diatas inti. Cara ini sesuai sekiranya kita bakar di dalam oven.
Selamat mencuba..



Wednesday, May 1, 2013

Mee Rebus

Hari ini pagi2 suami ajak sarapan kat luar, hmm...seronok juga kan, cuti hari buruh. Tapi terfikir pula nak masak apa untuk tengahari. Kawan2 anak nak datang buat kerja sekolah...Di segamat ni setiap 
1 hb dan 15 hb, pasar besar akan tutup tapi pasar tani yang selalunya buka hari sabtu akan beroperasi pada hari itu. Beli mee dan bahan lain untuk buat mee rebus sbb kelamarin, mertua ada rebus daging dan saya pula ada simpan stok air daging....Call kakak ipar Raihana, yang mmg pakar buat mee rebus...senang juga.
Ok...kita layan resepi ni.......




Mee Rebus
Bahan2nya
1 kilo mee kuning( dicelur)
200 gm taugeh(Curah air panas dalam mangkuk kemudian masukkan taugeh sekejap saja dan angkat)
tahu(dipotong dadu dan goreng)
Daun sup/daun bawang(dihiris)
Bawang goreng
Lada hijau di potong2
Limar kasturi
3 biji telor (direbus)


Bahan2 mee rebus
Bahan untuk pendaram
Pendaram penyedap mee rebus
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
1 biji telor
3 cawan air 
garam/1 sudu teh serbuk kunyit
(kesemuanya dikisar)
Panas kan kuali dan curahkan minyak dalam 6 cawan(kena minyak banyak untuk garingkan tepung pendaram. Setelah betul2 panas curahkan tepung pendaram di tepi kuali seperti buat rempeyek/tumpi. Bila dah kekuningan angkat dan gunting2kan.

Bahan untuk Kuah


1 kilo keledek( dikupas/dipotong kecil2 dan rebus dgn air paras2 keledek)
(bila dah sejuk, kisar halus dan biar ketepi dahulu)
1/2 kilo daging@tetel di potong kecil2 dan direbus dengan 4 cwn air hingga empuk(ketepikan)

Bahan kisar
6 biji lada kering
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit kunyit(saya saja letak)
5 ulas bawang putih
3 sudu besar taucho
200 gram udang geragau
100 gm ikan bilis

Bahan lain
3 sudu besar rempah kari
1/2 cawan kicap manis(saja nak letak)
2 buku kecil gula melaka(direbus dgn 1/2 cwn air)(saja saya guna gula melaka sbb asalnya guna gula pasir)
3 btg serai(dititik)
6 ulas bawang merah

Caranya
Masukkan daging dengan air rebusan kedalam periuk bersama dengan rempah kari dan serai, rebus sebentar dengan api perlahan. Bila mendidih masukkan bahan kisar/keledek/kicap dan gula melaka. Letakkan garam/perasa, biarkan mendidih.
Sekiranya kuah kurang pekat, ambil 2 sudu besar tepung gandum dan dicampur dengan 4 sudu besar air(kacau rata dulu). Bila kuah mendidih masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit untuk kepekatan yang dikehendaki. Biarkan mendidih dengan api perlahan. 
Hiris bawang merah. Sediakan kuali dan letak dalam 1/2 cawan minyak untuk mengoreng bawang. Goreng bawang hingga kuning dan terus masukkan dengan minyak sekali kedalam kuah mee tadi, kacau dan tutup api.
Tahu kan cara penyediaannya?????
Selamat mencuba.........