Thursday, September 5, 2013

Kacang Pol

Ini satu lagi resepi masa buat rumah terbuka, Kacang Pol.  Hehehe....Ramai yg minta resepi dan ada yang dah mencuba, tak  puas agaknya masa makan kat rumah saya...Alhamdulillah...Resepi ni saya dapat dari kakak ipar saya...Terima kasih Kak Faezah....
Susah juga nak cari kacang pol dalam tin. Pernah dulu ada orang bagi kacang pol, tapi bila tengok je, produk jenama MaLing...Allah!!!!!!bukan ke yg buat bab?????. Tapi sekarang dah ada jumpa jenama kimball, halal, alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, boleh juga guna kacang panggang. Ok kita tengok resepi ni.


Semesti nya roti perancis lawannya.

Roti perancis ni saya tempah fresh kat Giant Segamat

Kacang Pol
Bahan2nya
500 gm daging/ayam cincang
2 tin kacang pol/kacang panggang(dlm sos)
1 tin kacang peas

Bahan Kisar Halus
2 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain
4 sudu besar sos cili
sedikit daun ketumbar(optional) resepi asal tiada

Bahan Hiris
5 biji lada hijau(dihiris bulat2)
2 biji bawang besar(dipotong dadu)

Hiasan
Telor mata lembu(digoreng)
Limau kasturi.
Bawang goreng(optional)

Caranya
Tumis bahan kisar halus hingga garing dan naik bau, masukkan daging/ayam cincang. Setelah itu, masukkan kacang pol/panggang/ peas dengan airnya sekali ya....
Setelah mendidih, masukkan sos cili. Letakkan gula, garam dan rasa. Masukkan bahan hiris dan akhir sekali selepas tutupkan api, masukkan daun ketumbar.
Hiaskan dengan daun bawang, telor dan limau kasturi...Gambar di atas kurang sempurna, itu masa buat rumah terbuka, tak larat rasanya nak buat telor mata lembu berpuluh2 biji.....Makan dgn roti perancis atau roti arab.....
Selamat mencuba........


Wednesday, September 4, 2013

Kek Coffee Coklat

Biasanya bila saya buat rumah terbuka. Buat kek coklat kurang mendapat sambutan, biasalah jemputan org veteren....Tapi bila student suami datang, Kek coklat menjadi rebutan...Masa majlis saya buat kek dgn ukuran 30x30 cm. Licin habis, alhamdulillah..
Mohon maaf kalau ada resepi ini yg sukatannya sama dgn blog2 lain. Resepi kek coklat ni saya dapat dari buku resepi yg saya tulis hampir belasan tahun dulu. Kepada empunya resepi ini, semoga Allah membalas ilmu yg diberikan.....Lapisan cheese nya pula saya ambil dari resepi Puan Yatie dari blog sinar kehidupanku. Terima kasih banyak2, hanya Allah membalasnya..Resepi dibawah ini saya tambahkan coffee emulco...




Kek Coffee Coklat
Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu kecil bikarbonate of soda
1 setengah sudu kecil baking powder
(selepas ayak, campurkan dengan 1/2 sudu teh garam)

Bahan2 lain
2 cawan gula halus
3 biji telor gred A
Pukul hingga kembang
Masukkan 
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan susu segar/susu cair
Kacau perlahan dan masukkan bahan ayak sedikit2.
Masukkan 2 sudu teh aisin vanilla dan 1 setengah sudu besar coffee emulco(optional)
Bahagikan 2 bahagian dan kukus 1 bahagian selama 15 minit.

Lapisan Cheese
sumber dari Puan Yatie 

..::~**Sinar Kehidupanku**~::..

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telor
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
( Ini adalah resepi asal. Untuk resepi kek coffee coklat diatas gunakan 1 setengah adunan ya dan ukuran loyang 10x10 cm)

Caranya
Pukul cream cheese dgn gula, masukkan telor, air dan tepung, pukul hingga sebati.
Setelah kek kukus lapisan pertama masak, curahkan cheese, ratakan dan kukus selama 10 minit.
Akhir sekali, curahkan baki bahagian kek coffee coklat perlahan2 dan ratakan. Kukus lagi 20 minit.


Gambar kek coffee coklat ni ukuran 30x30 cm...ganda kan adunan diatas.


Bila tengok dalam peti ais, hanya ada 200 gm saja coklat masak. Memang x cukup untuk buat topping, Jadi saya masakkan coklat(double boiler), saya masukkan mentega, gula aising.
Dalam mangkuk lain saya bancur serbuk koko dgn sedikit air panas, saya masukkan dalam coklat masak tadi. 
Saya larutkan 1 sudu besar agar2 serbuk dengan 3 sudu besar air, masakkan sekejap dgn api perlahan. Campurkan pada coklat masak dan 1 sudu kecil coffee emulco paste.. Tapis masa panas2. Biarkan betul2 sejuk(ia akan menjadi pekat)....sapukan pada kek coffee coklat..(Pastikan juga kek dah betul2 sejuk .....
Selamat mencuba........


Laksa Johor

YaAllah....Lama nya x masuk blog. Sibuk dgn rumah terbuka, makan angin dgn anak cucu....
Pergi bercuti di Gambang Kuantan.....Alhamdulillah, semalam dah balik diaorg ke KK.....rindu pulak rasanya.
Tahun ni first time student nak datang beraya, so kita jemput sekali jiran2 dan org surau datang rumah. Anggaran cuma 50-60 org aje, tapi yg datang melebihi, Alhamdulillah seronok juga......
Permintaan staff suami, nak makan Laksa Johor. Persiapan bermula 2 hari sebelum majlis......
Prinsip saya kalau buat rumah terbuka, tak suka buat hanya 1 masakan, saya akan buat sampingan lain. Kali ni saya buat Kacang pol dan roti perancis, kek coffee coklat/lapisan cheese, puding campuran buah-buahan dan air sirap pisang...Alhamdulillah
Kita mulakan dengan Laksa Johor.....


LAKSA JOHOR
bahan2nya

1 setengah kilo ikan, terpulang samaada ikan selayang/ kembung/ tenggiri, saya lebih suka ikan tamban sadin (rumit sikit tapi sedap)
1/2 kilo serai
300 gm lengkuas
200 gm udang kering} (campurkan rebus
100 gm ikan bilis}        dan kisar)

Caranya
Rebus ikan(letakkan air paras2 ikan saja), bila dah sejuk, asingkan isi dari tulang. Bila selesai tulang/kepala ikan di campur dgn air rebusan ikan dan kisar. Tapis untuk ambil airnya saja. 
Hiris serai dan lengkuas kecil2 dan kisar dengan air anggaran 2 mangkuk air, ambil pati air nya saja.
Kisar ikan/ikan bilis/ udang kering dgn air rebusan ikan dan air pati serai/lengkuas. Rebus bila selesai dikisar..Biarkan sejuk...

Setelah sejuk, kisar kan sekali lagi (tanpa air)untuk mendapatkan struktur ikan halus dan tidak bergentel2. Titikkan 7 btg serai dan 5 keping asam gelugor......Lihat, gambar dibawah


Bila mendidih buangkan buih2 halus diatas permukaan ikan.



Bahan2 Kisar 
6 ulas bawang besar
7 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
50 gm kunyit
80 gm halia
Kisar semua hingga halus

Bahan2 lain
200 gm rempah kari(Baba's yg warna merah sbb ada lebih cili)
4 sudu besar kerisik
1 liter santan pekat
100 gm gula pasir
garam/ serbuk perasa

Caranya
Tumis bahan kisar dengan anggaran 500 liter minyak masak. Masukkan rempah kari, dan tumis hingga garing dan naik minyaknya....

Masukkan rempah kedalam ikan, masukkan juga kerisik, gula/garam/serbuk perasa. Bila mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih lagi....rasalah ya, kalau kurang garam atau gula, tambahkan lagi.....
Imi lah hasilnya........Tapi ini gambar 5 kilo ikan...


Bahan2 Lain
2 bungkus spegetti( direbus dan di cop)
Timun
Sengkuang
Taugeh
Daun Kesum/Daun Selasih
Limau Kasturi
Lobak Halus(optional)
Bawang besar
Limau Kasturi
Sambal belacan

Ok...Selamat Mencuba..