Wednesday, January 15, 2014

Stew Ayam

Alhamdulillah untuk sekian lamanya, dapat saya resepi yg dicari-cari. 
Tak jauh pun dapat resepi ni, dari adik sendiri..hehehehe...thanks adik Ahmad Najmuddin(gelaran kami adik beradik Utad). Pernah makan di majlis kawin saudara tapi gear box kambing. Disebabkan ibu dan bapa mertua tak makan kambing...percubaan pertama ayamlah mangsanya. Stew ni juga boleh dimakan dengan roti perancis/roti arab/lempeng/nasi minyak/nasi tomato dan juga nasi putih.
ok apa tunggu lagi...jom masak....



Stew Ayam
Bahan2nya

1 ekor ayam( terpulang nak potong berapa, goreng setengah masak. Tak payah letak garam kunyit)ketepikan..
1 cawan bawang goreng(kalau boleh yg buat sendiri sbb kadang2 yg kita beli dicampur dgn tepung)
3 sudu besar rempah sup Mak siti(sbb rempah dia pure)
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puree
garam/serbuk perasa
2 atau 3 sudu besar gula pasir
2 biji tomato
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih/buah pelaga.

Bahan kisar
15 biji lada kering
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 batang serai(dihiris)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar lada hitam

Bahan di hiris halus(saya kisar, jgn sampai halus)
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar/daun pudina
Maaf x dapat nak buat anggaran.Daun sup/daun bawang kalau dah hiris dalam 1 cawan setengah, ketumbar 1 cawan dan daun pudina dalam 1/2 cawan....
Sekiranya kisar gunakan anggaran 1 cawan air. sekiranya hiris, masukkan 1 cawan air kedalam rempah tumis nanti.

Cara2nya
*Pastikan bahan2 kisar tadi dikisar dengan halus. Tumis bahan kisar dengan minyak goreng ayam tadi hingga naik minyaknya.
*Masukkan Rempah sup, Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih/buah pelaga.
*Kemudian masukkan sos tomato/tomato puree/cili sos dan ketiga2 daun yang dihiris atau dikisar tadi. Biarkan mendidih.
*Masukkan ayam, gaul sekali2 sehingga ayam masak betul.
*Masukkan bawang goreng, Letak garam dan serbuk perasa..
*Akhir sekali taburkan gula pasir diatas kuah tadi, gaul dan rasa. Masukkan tomato..siap.

Selamat mencuba....



Serunding Kelapa


Semalam sahabat fb ada minta resepi serunding kelapa. tergerak pulak hati nak buat juga. Kalau dulu, buat serunding mesti adik beradik bertanyakan Nasi Ambeng....rindunya saat2 kami sekeluarga makan dalam dulang....
Petang tadi, kesian pulak tengok suami baru balik kerja solat bersama kemudian kena suruh pulak cabut serumpun pokok serai....thanks sayang.....
Ok kita tgk resepinya ya...


Serunding Kelapa
Bahan2nya
1 1/2 biji kelapa parut putih
1 cawan minyak
garam/serbuk perasa


Dikisar halus
10 tangkai lada kering+ cili padi (kalau nak pedas lebihkan)
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar(sederhana)
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1inci halia
1  1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan halus
ikan bilis+udang kering
3/4 cawan air gula melaka

Caranya
Tumis semua bahan kisar. Letak garam dan serbuk perasa. Sekiranya kurang manis, boleh letak sedikit gula perang atau gula pasir. Serunding ini juga boleh di pelbagai samaada nak letak daging/ayam(dihiris dadu) atau kupang/kerang(yg kering). Kemudian baru letak kelapa parut. Goreng sehingga rasa ringan dan sedikit kering....

Selamat mencuba...



Tuesday, January 14, 2014

Kari Ikan




Kari Ikan
Bahan2nya

1 ekor ikan tenggiri(sederhana)
1 cawan susu cair(santan pun boleh)
6 sudu besar serbuk rempah kari Baba's(spicy)
bendi/terung
1 biji lada merah/hijau dipotong bulat/serong
1 liter air asam jawa
1 cawan minyak masak

Bahan2 hirisan

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia
daun kari
rempah ratus tumisan(ada jual di semua hypermarket)

Bahan kisar
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
curah bahan kisar dalam mangkuk dan bekas kisar tu boleh di curah 1 cawan air

Cara2nya
*Panaskan 1 cawan minyak masak. Masukkan bahan2 hirisan saja. Bila dah naik bau, baru letakkan rempah ratus dan daun kari. 
*Masukkan bahan kisar, kemudian masukkan rempah kari. Gaul hingga naik bau dan baru masukkan air didalam blender tadi.
*Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih, barulah masukkan ikan.
*Susu cair, garam, serbuk perasa dan satu sudu teh gula pasir. Sekiranya guna santan, hendaklah dikacau supaya x pecah santan...Biarkan mendidih sebentar dan masukkan bendi dan lada merah/hijau....matikan api..

Siap...Selamat Mencuba....



Kek Mentega Simple


Assalammualaikum...
Kejap ada, Kejap x de....hehehe...macam main2 aje tulis blog ni, tapi sebenarnya pemalas....
Kelmarin, kawan anak datang rumah buat kerja sekolah dirumah. Teringat kek mudah yg orang dulu2 buat. Kalau mak mertua saya cakap kek bodoh...sbb orang tak pandai pun boleh buat....hehehe..




Kek Mentega
Bahan2nya
1 cawan mentega
1 cawan gula halus(saya kurangkan 3/4 cawan)
1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik + 
1/2 sudu teh garam(diayak)
1 sudu teh vanilla
3 biji telor
sedikit perwarna kuning

Caranya
Asingkan putih telor dengan kuning. Pukul putih telor hingga kembang. 
Di bekas lain, pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan kuning telor, pukul lagi. Kemudian masukkan aisin vanilla dan pewarna.
Masukkan putih telor, pukul perlahan2 dan akhir sekali masukkan tepung. Masukkan dalam loyang dan bakar..

Selamat Mencuba.