Wednesday, January 15, 2014

Serunding Kelapa


Semalam sahabat fb ada minta resepi serunding kelapa. tergerak pulak hati nak buat juga. Kalau dulu, buat serunding mesti adik beradik bertanyakan Nasi Ambeng....rindunya saat2 kami sekeluarga makan dalam dulang....
Petang tadi, kesian pulak tengok suami baru balik kerja solat bersama kemudian kena suruh pulak cabut serumpun pokok serai....thanks sayang.....
Ok kita tgk resepinya ya...


Serunding Kelapa
Bahan2nya
1 1/2 biji kelapa parut putih
1 cawan minyak
garam/serbuk perasa


Dikisar halus
10 tangkai lada kering+ cili padi (kalau nak pedas lebihkan)
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar(sederhana)
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1inci halia
1  1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan halus
ikan bilis+udang kering
3/4 cawan air gula melaka

Caranya
Tumis semua bahan kisar. Letak garam dan serbuk perasa. Sekiranya kurang manis, boleh letak sedikit gula perang atau gula pasir. Serunding ini juga boleh di pelbagai samaada nak letak daging/ayam(dihiris dadu) atau kupang/kerang(yg kering). Kemudian baru letak kelapa parut. Goreng sehingga rasa ringan dan sedikit kering....

Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment