Wednesday, January 15, 2014

Stew Ayam

Alhamdulillah untuk sekian lamanya, dapat saya resepi yg dicari-cari. 
Tak jauh pun dapat resepi ni, dari adik sendiri..hehehehe...thanks adik Ahmad Najmuddin(gelaran kami adik beradik Utad). Pernah makan di majlis kawin saudara tapi gear box kambing. Disebabkan ibu dan bapa mertua tak makan kambing...percubaan pertama ayamlah mangsanya. Stew ni juga boleh dimakan dengan roti perancis/roti arab/lempeng/nasi minyak/nasi tomato dan juga nasi putih.
ok apa tunggu lagi...jom masak....



Stew Ayam
Bahan2nya

1 ekor ayam( terpulang nak potong berapa, goreng setengah masak. Tak payah letak garam kunyit)ketepikan..
1 cawan bawang goreng(kalau boleh yg buat sendiri sbb kadang2 yg kita beli dicampur dgn tepung)
3 sudu besar rempah sup Mak siti(sbb rempah dia pure)
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puree
garam/serbuk perasa
2 atau 3 sudu besar gula pasir
2 biji tomato
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih/buah pelaga.

Bahan kisar
15 biji lada kering
4 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 batang serai(dihiris)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar lada hitam

Bahan di hiris halus(saya kisar, jgn sampai halus)
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar/daun pudina
Maaf x dapat nak buat anggaran.Daun sup/daun bawang kalau dah hiris dalam 1 cawan setengah, ketumbar 1 cawan dan daun pudina dalam 1/2 cawan....
Sekiranya kisar gunakan anggaran 1 cawan air. sekiranya hiris, masukkan 1 cawan air kedalam rempah tumis nanti.

Cara2nya
*Pastikan bahan2 kisar tadi dikisar dengan halus. Tumis bahan kisar dengan minyak goreng ayam tadi hingga naik minyaknya.
*Masukkan Rempah sup, Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih/buah pelaga.
*Kemudian masukkan sos tomato/tomato puree/cili sos dan ketiga2 daun yang dihiris atau dikisar tadi. Biarkan mendidih.
*Masukkan ayam, gaul sekali2 sehingga ayam masak betul.
*Masukkan bawang goreng, Letak garam dan serbuk perasa..
*Akhir sekali taburkan gula pasir diatas kuah tadi, gaul dan rasa. Masukkan tomato..siap.

Selamat mencuba....



No comments:

Post a Comment