Tuesday, February 18, 2014

Kek Durian

Assalammualaikum...
.
Malam tadi, buat kek durian. Lama juga tak buat. Di Segamat buah durian dah penghujung, kurang menyengat rasanya. Memandang suami ada perjumpaan dgn student..buat jugalah.
Saya kurang masukkan resepi kek atau kuih dalam blog ni sbb keluarga saya tidak berapa minat dan saya juga tidak menggalakkan mereka makan yang manis2. Memang suka mencuba tapi makan sekeping, selebihnya rezeki orang lain.

Moist sangat2, tak rugi membuatnya...
Kita tengok resepinya ya....





Kek Durian
Bahan2nya

350 gram mentega
350 gram tepung naik sendiri
280 gula halus
240 isi durian(dikisar halus)
8 biji telor
1/2 sudu teh aisin durian(optional)
sedikit pewarna kuning(optional)
1 sudu teh serbuk penaik(saya tambah)

Caranya

*Ayak tepung dengan serbuk penaik(ketepikan)
*Asingkan putih telor, ketepikan kuning telor. Pukul putih telor sehingga menjadi merinque. Ketepikan.


* Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
* Masukkan isi durian, aisin dan pewarna, pukul sehingga rata
* Gunakan senduk kayu, masukkan meringue dan kaup2 kan sehingga rata dan diselangi dengan tepung.

Resepi kek ini menggunakan loyang bulat berukuran 10 inci. sekiranya menggunakan loyang ukuran 6x6 inci(petak), dapat 2 buku kek. Kek durian ni, buat hari ini, makan esok harinya baru sedap dan kita akan rasa kelembapannya..Dan satu lagi, disebabkan ada pure durian, kek ini mudah berlapuk selepas 2 hari, so..masukkan dalam peti ais ya...


Selamat mencubaaa....




No comments:

Post a Comment