Monday, April 8, 2013

Pergilah sayang.....

Abang...panggilan saya untuk NorAzri, satu2nya anak lelaki. Tak susah masa melahirkan dan menjaganya.
Seorang anak yang comel dan pintar, banyak memenangi hadiah dalam setiap mata pelajaran.


2007 ...Banyak meninggal kan duka dalam keluarga saya. Cancer Rhabdomyosarcoma(cancer otot)dapat dikesan dari biopsi yang dilaku kan di Hospital Besar Muar setelah hidungnya membengkak. Sangkaan Doktor panel hanyalah bisul. Biasanya cancer ini menyerang kanak2 atau remaja. Selepas PMR, kemo bermula, semuanya dijalankan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Maka berulang alik menghantarnya untuk rawatan selama 6 bulan. Seksanya kami melihat penderitaannya menanggung muntah dan daya ketahanan badan yang lemah. Dari anak yang cubby terus menjadi anak yang kurus dan lemah.




Doktor Zulaiha, doktor kesayangan Azri. Doktor ini juga lah yang menjadi semangat Azri untuk terus melawan penyakitnya. Apa2 kesulitan pasti Azri merujuk pada Doktor kesayangannya...Selepas habis kemo, Doktor Zulaiha berpindah ke HKL.
Rawatan susulan bertukar2 doktor kerana kekurangan doktor pakar dibidang oncologi. Selepas itu rawatan beralih ke ENT dengan Doktor Jothi. 
Doktor Jothi, pandai melayan karenah Azri, segala penjelasannya amat Azri fahami dan Azri juga menyayanginya.
Menjadi siswa di Kolej Universiti Islam Melaka selama 2 tahun, membuatkan dia leka akan penyakit yang dihidapi. Jurusan Diploma Kaunseling menjadi pilihan. bercita2 nak bertugas di mana2 penjara.



kek terakhir yang Azri minta...Katanya nak sambut dengan kawan2. Pertama kali saya buat, Alhamdulillah , Azri amat gembira menerimanya.
Azri juga kenalkan saya dengan sahabatnya pesakit lukiemia. Memanggil saya dengan mama...anak angkat saya Wan Muhammad Rozaidi(didi). Pesanan Azri untuk didi, walau berpisah," jangan lost contact dgn mama aku"


2012...cancer mula merebak dengan cepat. permintaan untuk berjumpa dengan Doktor Zulaiha kami penuhi. Gembira melihat wajahnya yang tersenyum gembira.

Jalan terakhir hanya radioterapi. pil kemo masih diteruskan. Peperiksaan tetap diambilnya walaupun keadaan muka hampir membengkak sepenuhnya. Sepanjang peperiksaan, kami menghantarnya pergi dan balik dari Segamat ke Melaka. Peperiksaan berakhir 2/5/2012.(Apa yang menyedihkan kami, Azri mendapat markah yang baik dalam peperiksaan 3.8)..... Selepas itu kami menunggu berita dari HSI untuk radioterapi. Keadaan makin memburuk. Segala makan dan minum tak dapat ditelannya, semua keluar semula....

22/5/2012....Azri minta kami menghantarnya ke HSI jb. Sebak hati ini bila tangannya menyapu airmata saya.  Di mintanya saya memandikan. Petang itu, saya dan suami menghantarnya ke ward kecemasan. Sepanjang saya menunggunya, matanya hanya memandang keatas, seperti berkata2. Bila ditanya, terus dia mencium pipi saya sambil menggeling kepala. Selepas magrib, baru dapat masuk ward biasa.
23/5/2012....Dimintanya saya untuk mandikannya lagi...Semasa yassin saya baca, Azri menulis....


Ya Allah....tak tertahan rasanya...Sambil mengelap airmata saya, terus diciumnya......Rupa2nya ini juga lah yang selalu Azri bagitau pada Doktor Zulaiha. Azri menulis lagi supaya diberitahu pada sahabat2 dan kawan baik nya di KUIM, Mohammad Fauzy, memohon ampun dan maaf.....
Di dalam sujud, saya berdoa, sekiranya radioterapi tidak berjaya....Ya..Allah, aku redha kau mengambil nyawanya, tak tertanggung rasanya hati seorang ibu melihat anaknya menderita. Kalau boleh di ganti, aku rela mengantikannya.
Kesan merebaknya cancer dapat saya rasa bila di bahagian belakang badan, perut terutama bahagian muka. Bagaimana radioterapi nak dijalankan...pastinya anakku dari seorang yang kuat dan tak mengenal erti putus asa pasti akan kecewa. Malamnya, Azri minta ayahnya tidur bersebelahan, walaupun jururawat membenarkan suami saya tidur dikatil kosong. Ya..Allah kenapa bukan saya yang tidur dengannya malam tu...

24/5/2012....Menunggu saya untuk mandi. Pagi tu dia agak bertenaga kerana petang nanti radioterapi akan bermula. Berdiri tegak dihadapan saya, sedangkan sebelum ni dia akan mandi duduk dikerusi. Digosoknya gigi sebersih2nya, mandi sewangi2nya.

Selepas mandi, menulis dikertas berinteraksi dengan Doktor Jothi proses menebuk penafasan dan radioterapi. Penjelasan Doktor Jothi membuatkan Azri tenang sambil mata memandang keatas.

Tidak lama selepas itu, Azri mengalami sesak nafas, dan Doktor2 bertugas sedaya upaya menyelamatkannya...Allah lebih menyayanginya....PERGILAH SAYANG...MAMA HALALKAN SETIAP SUSU YANG ABANG MINUM DAN MAMA AMPUNKAN SEGALA2NYA. TUNGGU MAMA DAN AYAH DI SANA YA...

Genab 6 bulan Arwah pergi, Didi juga pergi meninggalkan mama...

Allahyarham Nor Azri bin Nor Ezan  12/11/1992-24/5/2012
Allahyarham Wan Mohamad Rozaidi 02/12/1989-24/11/2012 
AL-FATIHAH


No comments:

Post a Comment