Setelah hampir seminggu lebih keriuhan suara cucu, semalam anak, menantu, kedua cucu dah balik. Sunyi sungguh rasanya....
Bebalik pada tugasan harian...kupas bawang untuk seminggu. Orang kalau dah malas nak kupas bawang sikit2, nah kau!!!!!buat sekali. Tapi hakikat sebenar, memudahkan dan mempercepatkan apa yg kita nk masak.....
Bila dah kupas, Basuh, toskan atau lapkan supaya betul2 kering. Sediakan bekas, letak tisu tebal beberapa lapisan dibahagian bawah dan susunkan.
Lapiskan kertas tisu tebal dibahagian atas dan tutupkan.....
Masukkan kedalam peti ais.....Sekiranya bila kita nak masak, keadaan tisu lembab atau basah, tukarkan tisu yang baru....
Begitu juga dengan lada merah/hijau....
Telor Pindang Serambi
Sekiranya nak buat telor pindang (cara saya), kulit bawang,halia, kunyit yang kita kupas, jangan dibuang. Itu sekiranya kita hendak buat telor pindang, kupas kulit bawang dan ambil bahagian bawang sedikit.
Basuh bersih2 dan masukkan dalam periuk, kemudian susunkan telor(cari telor yang warna kulit coklat atau telor itik sebab kulitnya agak tebal dan tak mudah pecah). Susunkan diatas kulit bawang yg dah dibersihkan.
Bahan2 Lain(kisar)
4 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
5 batang serai(dihiriskan dulu)
2 inci lengkuas(dihiriskan dulu)
Selepas dikisar, curahkan diatas telor. Curahkan air sehingga menutupi telor dan bahan kisar. Masukkan
2 sudu besar cuka
1/2 cawan kicap pekat.
Sekiranya nak gunakan kicap makan(kena gunakan hampir 1 botol kicap kecil dan kurangkan kuantiti air. Letakkan garam dan boleh juga letak sedikit serbuk perasa. Buka api kecil, biarkan ia mendidih secara perlahan2. Bila dah mendidih, rasa airnya ya bukan telornya... dan tambah apa yang kurang.
Sekiranya buat telor ini waktu pagi, ulangi pada waktu malam. Keesokan harinya, pagi dan malam ulangi sehingga 3 atau 4 malam. Gunakan senduk plastik atau kayu untuk melihat sekiranya ada telor yang pecah. Kalau ada yang pecah angkat sekurang2nya 2 hari sahaja sbb nanti telor tu terlalu masin.
Telor Pindang Serambi |
Selamat mencuba............
No comments:
Post a Comment