Monday, April 29, 2013

Kailan Masak Lemak Labu


Selalunya kailan ni saya goreng, tapi tengok sikit sangat. Labu pun ada, apa lagi...


Kailan Masak Lemak Labu
Bahan2nya
1 ikat kailan(400gm)
1/4 labu
Lada merah
1/2 cwn susu cair@1cwn santan
2 cawan air@santan cair
Daun kunyit(optional)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar(sederhana)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis

Caranya
Potong sayur kailan dan basuh.
Buah labu dibersihkan dan dipotong2, masukkan dalam periuk. Bahan kisar direbus bersama labu hingga labu tu masak, masukkan air. siatkan daun kunyit. Bila mendidih masukkan susu cair, letak garam dan perasa. Setelah itu masukkan sayur dan lada merah begitu juga dengan daun kunyit. Kacau perlahan2 sehingga kuah mendidih, tutup api.
Selamat mencuba....



2 comments:

  1. saya suka labu masak lemak tapi tak pernah cuba masak sendiri.
    tgk resepi akk ni simple, nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi ke blog saya....Mmg masakan ni simple...kalau guna santan lagi sedap, tapi sejak dah guna susu cair, saya terus guna.

      Delete