Mohon maaf kalau ada resepi ini yg sukatannya sama dgn blog2 lain. Resepi kek coklat ni saya dapat dari buku resepi yg saya tulis hampir belasan tahun dulu. Kepada empunya resepi ini, semoga Allah membalas ilmu yg diberikan.....Lapisan cheese nya pula saya ambil dari resepi Puan Yatie dari blog sinar kehidupanku. Terima kasih banyak2, hanya Allah membalasnya..Resepi dibawah ini saya tambahkan coffee emulco...
Kek Coffee Coklat
Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu kecil bikarbonate of soda
1 setengah sudu kecil baking powder
(selepas ayak, campurkan dengan 1/2 sudu teh garam)
Bahan2 lain
2 cawan gula halus
3 biji telor gred A
Pukul hingga kembang
Masukkan
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan susu segar/susu cair
Kacau perlahan dan masukkan bahan ayak sedikit2.
Masukkan 2 sudu teh aisin vanilla dan 1 setengah sudu besar coffee emulco(optional)
Bahagikan 2 bahagian dan kukus 1 bahagian selama 15 minit.
Lapisan Cheese
sumber dari Puan Yatie
..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
250 gm cream cheese60 gm gula halus
1 biji telor
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
( Ini adalah resepi asal. Untuk resepi kek coffee coklat diatas gunakan 1 setengah adunan ya dan ukuran loyang 10x10 cm)
Caranya
Pukul cream cheese dgn gula, masukkan telor, air dan tepung, pukul hingga sebati.
Setelah kek kukus lapisan pertama masak, curahkan cheese, ratakan dan kukus selama 10 minit.
Akhir sekali, curahkan baki bahagian kek coffee coklat perlahan2 dan ratakan. Kukus lagi 20 minit.
Gambar kek coffee coklat ni ukuran 30x30 cm...ganda kan adunan diatas.
Bila tengok dalam peti ais, hanya ada 200 gm saja coklat masak. Memang x cukup untuk buat topping, Jadi saya masakkan coklat(double boiler), saya masukkan mentega, gula aising.
Dalam mangkuk lain saya bancur serbuk koko dgn sedikit air panas, saya masukkan dalam coklat masak tadi.
Saya larutkan 1 sudu besar agar2 serbuk dengan 3 sudu besar air, masakkan sekejap dgn api perlahan. Campurkan pada coklat masak dan 1 sudu kecil coffee emulco paste.. Tapis masa panas2. Biarkan betul2 sejuk(ia akan menjadi pekat)....sapukan pada kek coffee coklat..(Pastikan juga kek dah betul2 sejuk .....
Selamat mencuba........
No comments:
Post a Comment