Tadaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!Farrel suka cakap macam ni bila nak tunjuk sesuatu....kek ni juga yang Farrel suka...miss u lah......
Bila dah siap. inilah hasilnya...Kejap lagi nak siap2 pergi kenduri tahlil, tengah malam nanti baru balik...
Nak resepi??
Kek Marble Coffee
Bahan2nya.
a) satukan
200 gm Tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik
b)
Telor 5 biji gred A
asingkan kuning telor dan pukul putih telor hingga kembang( yang penting bila kita terbalikkan, putih telor tu tak jatuh)
c)
250 gm Mentega
190 gm gula halus
d)
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh Coffee emulco +1 sudu teh warna coklat(optional)
caranya;
Pukul bahan c hingga kembang
Masukkan kuning telor, pukul lagi kemudian susu pekat, vanilla dan putih telor.
Masukkan bahan a, bahagikan 2 bahagian. satu bahagian di letakkan coffee emulco.
Kemudian selang selikan hingga habis. Bakar lah ye..
Selamat mencuba.......
No comments:
Post a Comment